Gunung Ini Nampak Cantik Dan Tenang !!! Tapi Makan Orang Jugak !!! Berhantu Ke ?

Gambar Hiasan 


SEMENYIH, SELANGOR : Selepas sembilan jam sesat ketika beriadah di Gunung Tok Wan bersebelahan Bukit Broga di sini, seorang remaja berusia 18 tahun ditemui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, petang tadi dan masih dalam keadaan trauma. 

Walaubagaimanapun, salah seorang dari rakannya yang berusia 19 tahun dilaporkan masih hilang setakat jam 12 tengah malam ini. Menurut Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul dia berkata Chai Ming Sueng ditemui dalam keadaan lemah pada jam 5.41 petang, kira-kira 2.3 kilometer dari puncak Gunung Tok Wan selepas dilaporkan telah hilang sejak jam 8 pagi semalam bersama rakannya, Teh Tung Seng... 

"Mereka dilaporkan telah mendaki gunung tersebut untuk beriadah tetapi malangnya telah tersesat. Kehilangan mereka pula disedari oleh beberapa orang rakan yang turut bersama mendaki gunung sebelum menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan. 

"Berdasarkan maklumat yang diberi, anggota kami dapat menghubungi seorang mangsa menerusi telefon bimbitnya, namun yang menjadi halangan aladah tindakan mereka yang kerap bergerak mencari laluan untuk keluar menyukarkan usaha mengesan mereka," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi di lokasi kejadian.   

En Mohd Sani berkata, usaha telah giat dilakukan bagi mengesan mangsa iaitu Tung Seng yang dikatakan telah mengalami cedera ringan. Difahamkan, Ming Sueng terpaksa meninggalkan rakannya yang cedera di bawah pokok di hutan berkenaan bagi meneruskan usaha mencari jalan keluar dari gunung tersebut.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment