Johor Buat Operasi Rampas Barang Vape Kaw² !!! Kesian Melayu Kita !!!



Polis Johor bersama pelbagai agensi penguatkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (Cawangan Farmasi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK),  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kastam, dalam menangani isu vape telah melancarkan operasi bersepadu  terhadap tiga (3) buah premis yang di dapati beroperasi menjual pelbagai peranti vape dan cecair e-liquid atau perisa yang disyaki mengandungi racun iaitu dua di Taman Century, Johor Bahru dan satu di Larkin, Johor Bahru.



Dalam operasi bersama ini, pihak kami telah berjaya menahan seramai empat orang iaitu pemilik dan penjaga premis berumur  antara 23 hingga 70 tahun untuk tindakan lanjut. Kesemua mereka kemudiannya dibebaskan selepas keterangan diambil. Turut dirampas adalah barangan berikut :-






1. Cecair Vape – 6924 botol
2. Peranti dan aksesori vape – 190 unit.
Nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM 380,385.00.

Hasil operasi ini juga, pihak kami telah mengesan beberapa kesalahan seperti berikut :-

1. Kesalahan menjual cecair perisa vape dipercayai mengandungi Nikotin di bawah Akta Racun 1952. Tindakan diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (Cawangan Farmasi).

2. Kesalahan tidak meletakan tanda harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Tindakan diambil oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK).

3. Kesalahan menjalankan perniagaan  tanpa lesen, serta mempamer iklan tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2004. Tindakan diambil oleh pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

4. Kesalahan gagal mendaftar alamat cawangan, tiada papan tanda perniagaan dan tidak pamer sijil pendaftaran di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Tindakan diambil oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Operasi bersama ini adalah julung – julung kali diadakan dengan gabungan pelbagai agensi penguatkuasa di Negeri ini bagi mengambil tindakan terhadap penjual vape, rokok elektronik dan cecair perisa atau e-liquid mengikut peruntukan undang – undang sedia ada Akta Racun 1952, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Pemakanan dan lain – lain undang – undang yang berkaitan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua agensi penguatkuasa yang terlibat. Mudah – mudahan kerjasama yang erat ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa agar penguatkuasaan dapat dilakukan dengan lebih efisen dan berkesan.

Kepada peniaga – peniaga yang menjalankan perniagaan seumpama ini, diingatkan agar mematuhi undang – undang demi kesejahteraan rakyat khususnya di negeri Johor.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment