Kemalangan teruk di Kilometer 35, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, Bentong, Pahang pagi tadi.

Kemalangan berlaku di Kilometer 35 (Barat) Lebuhraya KL-Karak berhampiran Genting Sempah, melibatkan sebuah treler dan sebuah bas pagi ini.

Lorong kecemasan boleh digunakan. Pengguna dinasihatkan berhati-hati.






Sumber - Twitter LPT

KL-Karak sesak nahas bas, treler di Genting Sempah

KUALA LUMPUR: Sebuah bas dan treler 12 tayar terbabit dalam kemalangan di Kilometer 35, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, Bentong, Pahang pagi tadi.

Dalam laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), nahas itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 pagi, menyebabkan laluan kedua-dua arah mengalami kesesakan teruk.

Bagaimanapun, laluan kecemasan di lokasi kemalangan masih dibuka.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan kemalangan itu dan setakat ini masih belum ada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan.





Sumber dari Berita Harian Online

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment