Seorang remaja lelaki maut selepas terkena tikaman keris !!! Kalau Dah Ajal X Payah Tikam Pun Mati ...



Labuan – Seorang remaja lelaki maut selepas terkena tikaman keris semasa membuat persembahan di majlis perkahwinan di Kampung Patau-Patau di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa Mohd. Amil Zulkarnain Jafar, 17 yang terkena tikaman di bahagian dada disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Nukleus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Mohd. Ibrahim Mohd. Ghani berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ahli kumpulannya sedang membuat pertunjukan silat di hadapan pasangan pengantin.

Katanya, ketika aksi akhir kumpulan itu, mangsa dan pasangan silatnya dikatakan terjatuh menyebabkan suspek telah tertikam bahagian kiri dada mangsa menggunakan sebilah keris yang digunakan pada pertunjukan itu.

“Sebaik kejadian itu, mangsa telah dibawa ke hospital dan masih sedarkan diri.

“Bagaimanapun, ketika menerima rawatan, pihak hospital memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat tusukan di jantung selain kehilangan darah yang banyak,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment